KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
Written on: March 18, 2021
Title : KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
link : KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
ASAS PERTIMBANGAN
KEBOLEHPERCAYAAN
KEOBJEKTIFAN
KEBOLEHTADBIRAN
KEMUDAHTAFSIRAN
KEKOMPREHENSIFAN
PUNCA KUASA
MATLAMAT MATA PELAJARAN
OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)
Sumber: Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Tingkatan 4 dan 5, September 2018, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)
Objektif pentaksiran berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) adalah untuk mentaksir pencapaian murid dalam keupayaan untuk:
OP1: Mengetahui dan memahami konsep dan definisi elemen-elemen Kesusasteraan Melayu dengan betul dan tepat;
OP2: Mengetahui dan memahami elemen-elemen Kesusasteraan Melayu yang terdapat dalam karya sastera dengan betul dan tepat;
OP3: Mengaplikasi dan menganalisis elemen-elemen Kesusasteraan Melayu yang terdapat dalam karya sastera secara kritis;
OP4: Menilai karya sastera berkaitan elemen sahsiah, isu masyarakat dan isu kenegaraan dalam karya sastera dengan kritis;
OP5: Menghasilkan karya sastera yang sesuai dengan kemampuan murid sama ada dalam bentuk pengkaryaan asli atau pengadaptasian yang menepati ciri-ciri sastera yang baik; dan
OP6: Mempersembahkan karya sastera yang dihasilkan atau yang diadaptasikan sesuai dengan kemampuan murid dalam pelbagai bentuk atau media yang kreatif, menarik dan berkesan.
KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR
Konstruk yang ditaksir
7.1.1 2216/1 – Kertas 1
● Mengingat dan Memahami
● Mengaplikasi
● Menganalisis
● Menilai
● Mencipta
7.1.2 2216/2 – Kertas 2
● Mengaplikasi
● Menganalisis
● Menilai
● Mencipta
Aspek yang ditaksir
Mengetahui elemen-elemen dalam kesusasteraan Konstruk ini mentaksir pengetahuan asas murid tentang pengertian istilah sastera dalam karya prosa dan puisi. Antara istilah sastera yang ditaksir ialah maksud, sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, binaan plot, teknik plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nada, ciri prosa, bentuk puisi, nilai murni, pengajaran, latar, sudut pandangan, kritikan sastera dan pembangunan insan.
Mengetahui dan memahami elemen-elemen sastera dalam karya puisi Konstruk ini mentaksir kebolehan murid mengetahui elemen-elemen sastera dalam karya puisi iaitu, maksud, tema, persoalan, gaya bahasa (simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, perlambangan, alusi, asonansi, aliterasi, anafora, responsi, epifora, simplok, repitisi (kata, frasa, baris, rangkap) inversi, hybrid, konotatif, sarkasme, kata ganda, sinkope, peribahasa, bahasa asing, bahasa istana, bahasa arkaik, dialek), irama (puisi tradisional) atau nada (melankolik, patriotik, sinis, romantik, protes), bentuk puisi (rangkap, baris, perkataan, suku kata, rima akhir, kesimpulan bentuk), nilai murni, pengajaran, kritikan sastera (pandangan, sanjungan dan saranan).
Mengetahui dan memahami elemen-elemen sastera dalam karya prosa Konstruk ini mentaksir kebolehan murid mengetahui elemen-elemen sastera dalam karya prosa iaitu sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, binaan plot (permulaan, perkembangan, klimaks, antiklimaks (penurunan) dan peleraian), teknik plot (dialog, pemerian, suspen, imbas muka, imbas kembali, monolog luaran, monolog dalaman, kejutan, konflik), watak dan perwatakan (utama, sampingan, antagonis dan protagonis), gaya bahasa (simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, perlambangan, alusi, simplok, repitisi (kata, frasa, ayat) inversi, konotatif, sarkasme, kata ganda, sinkope, peribahasa, bahasa asing, bahasa istana, bahasa arkaik dan dialek), ciri prosa, nilai murni, pengajaran, latar (tempat, masa, masyarakat), sudut pandangan (sudut pandangan orang pertama dan sudut pandangan orang ketiga) kritikan sastera (pandangan, sanjungan, saranan).
Menganalisis elemen-elemen sastera dalam karya puisi Konstruk ini mentaksir kebolehan murid menganalisis elemen-elemen sastera iaitu maksud, tema, persoalan, bentuk puisi, gaya bahasa, irama atau nada, nilai murni, pengajaran dan kritikan sastera (pandangan, sanjungan, saranan).
Menganalisis aspek-aspek sastera dalam karya prosa Konstruk ini mentaksir kebolehan murid menganalisis elemen-elemen sastera dalam karya prosa iaitu sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, ciri prosa, binaan plot, teknik plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, sudut pandangan, nilai murni, pengajaran dan kritikan sastera (pandangan, sanjungan, saranan).
Membangunkan nilai insan. Konstruk ini mentaksir kebolehan murid menilai elemen sahsiah, isu masyarakat dan isu kenegaraan dalam karya sastera.
Menghasilkan karya sastera .Konstruk ini mentaksir kebolehan murid-murid menghasilkan (karya asli atau adaptasi) dan mempersembahkan karya sastera dalam pelbagai bentuk yang kreatif, menarik dan beresan.
ARAS KESUKARAN ITEM
Aras S Item aras S boleh dijawab oleh calon yang berprestasi sederhana dan cemerlang.
Aras T Item aras T boleh dijawab oleh calon berprestasi cemerlang sahaja.
Pentaksiran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif menggunakan dua instrumen iaitu;
2216/1 – Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 1 (Ujian Bertulis)
2216/2 – Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 2 (Kerja Kursus)
FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN SPM MULAI 2021
MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF (2216)
| Bil | Perkara | Kertas 1 2216/1 | Kertas 2 2216/2 |
|
1 |
Jenis Instrumen |
Ujian Bertulis | Ujian Komunikatif – Kerja Kursus (Penghasilan dan Persembahan) |
|
2 |
Jenis Item |
(a) Subjektif Respons Terhad (b) Subjektif Respons Terbuka |
Subjektif Respons Terbuka |
|
3 |
Bilangan Soalan |
Bahagian A – 10 item [40 Markah]
● 6 item respons terhad berdasarkan 5 genre. ● 4 item respons terhad, iaitu i. Item mana-mana genre ii. Item kritikan sastera iii. Item berdasarkan Pembangunan Insan
Jawab semua soalan
Bahagian B – 6 item respons terbuka [60 markah]
● Soalan 11 hingga 16
Pilih dan jawab 3 daripada 6 soalan |
Tingkatan 5 (Satu Kerja Kursus secara individu)
● Pentaksiran Pusat ● Calon dikehendaki menyudahkan Kerja Kursus aspek Pengkaryaan (Karya asli/adaptasi dan mempersembahkan hasil karya dalam pelbagai bentuk atau media)
● Bahagian A: Penghasilan Karya [20 markah]
● Bahagian B: Persembahan Multimedia atau Persembahan Langsung [20 markah] |
|
4 |
Jumlah Markah |
Jumlah : 100 markah |
Jumlah : 40 markah |
| Bil | Perkara | 2216/1 | 2216/2 | |
|
5 |
Konstruk | ● Mengingat dan Memahami ● Mengaplikasi ● Menganalisis ● Menilai ● Mencipta |
● Mengaplikasi ● Menganalisis ● Menilai ● Mencipta | |
|
6 |
Tempoh Ujian |
2 jam 30 minit (2½ jam) |
Tingkatan 5: April hingga Mei | |
|
7 |
Cakupan Konteks | Mencakupi semua standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) | ||
|
8 |
Aras Kesukaran |
Rendah : Sederhana : Tinggi 5: 3: 2 | ||
|
9 |
Kaedah Penskoran |
● Analitikal ● Holistik |
● Analitikal ● Holistik | |
|
10 |
Alatan Tambahan |
Tiada |
Tiada | |
That's the article KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
You are now reading the article KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF with link address https://mediawordupdate.blogspot.com/2021/03/kesusasteraan-melayu-komunikatif.html

